Sunday 26 February 2012

Gerak Gempur Masjid




Kursus Asas secara PERCUMA akan dijalankan dengan kerjasama Albaghdadi Training Center  (ATC) Pahang
  • 11 Mac 2012 - Masjid Bukit Sekilau

Saturday 25 February 2012

PENGENALAN



Al Baghdadi adalah konsultan bumiputra yang giat mengendalikan program Transformasi Pendidikan Al-Quran menerusi Kursus Pengajaran & Pembelajaran Al-Quran Teknik Al-Baghdadi kepada pelbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara.


Bersumberkan pengalaman hampir 10 tahun dalam Pendidikan Al-Quran, dimantapkan lagi dengan teknik Kontemporari menggunakan Pendekatan SAS (mengenali dan menyebut kalimat secara Struktur, Analisis dan Sintesis) beserta penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM), Teknik Al-Baghdadi berjaya menarik minat ramai orang dan menjadikan Pendidikan Al-Quran lebih inovatif, efektif dan futuristik. Lebih menarik suasana pembelajaran amat menyeronokkan.

Al-Baghdadi turut menampilkan beberapa modul program menerusi Kursus Asas Teknik Al-Baghdadi, Kursus Perunding sebagai syarat menjadi Guru/Usahawan Tekni Al-Baghdadi, Kursus Pendidikan Teknik Al-baghdadi Pra Sekolah, Kem Smart Quran (KSQ) untuk remaja, Bengkel Tajwid, Kelab Al-baghdadi (Kelas Pemulihan Dewasa dan Kanak-Kanak), & Latihan Teknik serta siri taklimat di mana-mana.

Alhamdulillah, Teknik Al-Baghdadi telah mempermudahkan tugas para pengejar Al-Quran di kelas-kelas pengajian dan mencetuskan keceriaan di kalangan pelajar/peserta. Berdasarkan testimoni, program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan sejak mula diperkenalkan pada Mei 2009. Setakat ini yang lebih 9000 peserta telah mengikuti kursus ini yang terdiri dari kalangan guru-guru, pensyarah, warga kerja, ibu bapa, mahasiswa, pelajar, remaja dan termasuklah kanak-kanak yang dijalankan di seluruh negara.